Tuesday 7 November 2017

PENGENALAN


"Apa itu EKSA?"

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang merupakan penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014. ia mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yanng berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

Langkah penjenamaan semula ini adalahsesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.


Objektif Amalan Persekitaran Berkualiti EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Perak

1)  Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, sistematik, kondusif dan praktikal

2) Mengekal dan meningkatkan kualiti kerja  ke arah penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan

3) Memastikan warga JKSPk berintegriti, berdisipliin, bermotivasi dan membudayakan semangat kerja berpasukan yang berterusan

4) Memaksimumkan penggunaan sumber tenaga manusia secara efisyen, menjimatkan kos, dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan


5) Memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti JSKPk berasaskan standard MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014


Logo Rasmi EKSA
Perlaksanaan EKSA

Eksa dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan tadbir urus dan tindakan pengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut :


 1) Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana dan menetapkan pelan tindakan pelaksanaan yang jelas

2) Mewujudkan sektor/zon kerja

3) Mengadakan program latihan

4) Mengadakan pelancaran EKSA jabatan/agensi

Seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Panduan Pelaksanaan Amalan EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Perak, boleh rujuk di lamat berikut iaitu :



No comments:

Post a Comment