Sunday 12 November 2017

AUDIT DALAMAN EKSA MRS SERI ISKANDAR

Jawatankuasa pelaksana EKSA Zon MRS Seri Iskandar mengalu-alukan kedatangan juru audit dalaman EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Perak ke Mahkamah Syariah Seri Iskandar. 

Diharapkan semua kakitangan dapat memberikan kerjasama sebaiknya kepada barisan juru audit semasa pengauditan sedang dijalankan.


CARTA ORGANISASI EKSA MRS SERI ISKANDAR

JAWATANKUASA ORGANISASI EKSA ZON MRS SERI ISKANDAR




PENYELARAS
TUAN MUHAMAD FAIZAL BIN ABDUL WAHAB







SETIAUSAHA
ENCIK ABDUL HALIM






UNIT AUDIT                                                             UNIT LATIHAN                                                      UNIT PROMOSI


               



EN. MOHD HIDAYATUL                                                PN.NOORLIZA                                                         EN. MOHD TORIB
KAMAL








CARTA ORGANISASI INSIDEN



Saturday 11 November 2017

PROGRAM EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

DIMAKLUMKAN BAHAWA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK AKAN MENGADAKAN SESI GOTONG ROYONG PERDANA  PADA 10 NOVEMBER 2017 DAN SERENTAK JUGA AKAN DIADAKAN DI ZON MAHKAMAH SYARIAH SERI ISKANDAR.






DIMAKLUMKAN JUGA, 11 KRITERIA YANG DIAMBIL OLEH (EKSA)







JADUAL AUDIT BAGI MAHKAMAH SYARIAH PERAK





ALA KULIHAL SEMOGA WARGA ZON MRS SERI ISKANDAR BERSEDIA MENGHADAPI 2 AUDIT TERSEBUT DENGAN JAYANYA. 

AKTIVITI EKSA MRS SERI ISKANDAR 2017

Pada tanggal 10 November 2017, semua kakitangan MRS Seri Iskandar telah diarahkan oleh Tuan Muhamad Faizal bin Abdul Wahab, Penyelaras EKSA Zon Seri Iskandar untuk menjalankan aktiviti EKSA di MRS Seri Iskandar sebagai persiapan untuk menghadapi audit dalaman EKSA yang akan dijalankan pada 13 November 2017 ini . Aktiviti ini dijalankan seharian.

Hasil kesungguhan dan komitmen semua kakitangan mahkamah, aktiviti ini berjaya dijalankan dengan jayanya.
Sesungguhnya segala komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua kakitangan amatlah membanggakan dan di harap pada masa akan datang aktiviti seperti ini akan dilaksanakan dengan jayanya.

AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA













Wednesday 8 November 2017

GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN


GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN
AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
BAHAGIAN D : KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pasukan bertindak kecemasan

1.         Mengadakan pasukan bertindak kecemasan bagi setiap zon

2.        Carta Organisasi Pasukan bertindak kecemasan diwujudkan dan dipaparkan yang terdiri daripada;

1.1.       Ketua Insiden
1.2.       Penolong Ketua Insiden
1.3.       Pasukan Pemadam dan Penyelamat
1.4.       Pasukan Pengungsian
1.5.       Juruteknik Pusat Kawalan

2.        Peranan Pasukan Bertindak kecemasan adalah seperti berikut;
           
           Ketua Insiden
            Mengetuai keseluruhan operasi dan menghubungi pihak Bomba

           Penolong Ketua Insiden
            Membantu dan memberi maklumat perkembangan operasi kepada  Ketua Insiden
           
           Pasukan Pemadam dan Penyelamat
            Jalankan penyelamatan dan pemadaman di peringkat awal
            Serahkan kepada pihak Bomba apabila pihak Bomba sampai
            Tinggalkan tempat kebakaran api tidak dapat dikawal

           Pasukan Pengungsian
            Mengarahkan membuat pengungsian bangunan
            Memeriksa bangunan telah dikosongkan
            Membuat pemeriksaan baris di tempat berkumpul
            Melapurkan kepada Ketua Insiden

           Juruteknik Pusat Kawalan
            Siap sedia di bilik kawalan
            Beri bantuan yang diperlukan oleh ketua Insiden
            Pastikan bekalan elektrik dimatikan

          Pastikan sistem penggerak kebakaran dan alat komunikasi berjalan  dengan lancar

CARTA PERBATUAN PELAKSANAAN EKSA JAKSPK

Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat dan bersetuju bahawa pelaksanaan EKSA di zon-zon daerah pelaksanaan adalah sebagai mana yang telah dirancang melalui carta perbatuan berikut :

http://syariah.perak.gov.my/eksa/index.php/features/carta-organisasi/perbatuan

Semoga segala perancangan yang telah dijadualkan dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh semua kakitangan JKSPk dan khususnya kakitangan di MRS Seri Iskandar bagi  mencapai objektif pelaksanaan EKSA ini.

LATIHAN PENGUNGSIAN DI MRS SERI ISKANDAR

Nama Program : Latihan Penungsian Bangunan Oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Seri Iskandar
Tarikh               : 21 Oktober 2016 (Jumaat)
Tempat             : MRS Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah.
Anjuran            : Jawatankuasa Latihan & Promosi EKSA JKSPk


Satu program Latihan Pemungsian telah diadakan oleh Jawatankuasa Latihan & Promosi Jabatan Kehakiman Syariah Perak bertempat di MRS Seri Iskandar, Perak. 

Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan MRS Seri Iskandar khususnya dan kakitangan jabatan amnya berkenaan konsep pengunsian bangunan dan sistem pencegahan kebakaran bangunan. Dalam masa yang sama peserta didedahkan dengan cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku dan cara pengendalian alat pemadam api.

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Zaiful Afandi bin Ahmad ( Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar) dan Tuan Amat Sapekis bin Rosman ( Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar)

Program ini telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan yang terdiri daripada kesemua Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSPK, kesemua Penyelaras dan Setiausaha setiap zon JKSPK dan kesemua kakitangan MRS Seri Iskandar.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan terlibat pada program yang diadakan ini.
Sesi bergambar para peserta yang hadir bersama YAA Dato' Hj. Asa'ari bin Hj. Mohd Yazid,
                           Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak 

           Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar sedang bersiap sedia bagi                         menjalankan simulasi menyelamat dan  memadamkan kebakaran




YAA Dato' Hj. Asa'ari bin Hj. Mohd Yazid dan para peserta sedang tekun mendengar taklimat yang sedai disampaikan.



                                   Latihan pengungsian sedang dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.


                                     Salah seorang anggota bomba sedang memberikan taklimat kepada para peserta
           Walaupun panas pagi kian membahang, namun komitmen para peserta tetap utuh mendengar taklimat           yang disampaikan.


Dari kiri : YA Tuan Hj. Mohd Taifor bin Hj. Ahmad Rusdi, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Perak, YAA Dato' Hj. Asa'ari bin Hj. Mohd Yazid, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak dan Tuan Zaiful Afandi binAhmad, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar.